Bismillah ..
assalamualaikum w.b.t ~
Hi well hello people , as u can see ..
cehh da mcm anwarhadi da ~
isk3 . ok topi entry kali ini adalah
kemurungan ..
penyakit ni boleh jd serius kalau tidak dirawat ,
so ni ade sedikit info psl pnyakit simpton sebegini ~
PENGENALAN
Kemurungan adalah kesedihan. Kesedihan adalah emosi normal bila seseorang menghadapi
peristiwa yang tidak menggembirakan. Kemurungan boleh menjadi penyakit jika terlalu
serius atau terlalu lama hingga menjejaskan keupayaan seseorang menjalani aktiviti harian.
Kemurungan adalah sesuatu yang biasa berlaku. Dianggarkan sebanyak 30% daripada
golongan orang dewasa menghidap kemurungan sekali atau lebih dalam masa hidupnya.
1. Perubahan perasaan
-Kesedihan yang berpanjangan melebihi 2 minggu.
2. Gangguan terhadap fungsi kognitif
-Berasa putus asa, tidak mempunyai harapan.
- Berasa bersalah, tidak berharga, tidak bermaya.
- Fikiran ingin membunuh diri.
- Hilang keseronokan
-Hilang tumpuan
-Hilang minat
3. Tanda Biologi
- Hilang selera makan
- Hilang berat badan
- Gangguan tidur
- Hilang keinginan seksual
- Gangguan kitaran haid
- Cepat lesu.
KOMPLIKASI
Kemurungan menyebabkan seseorang itu lebih berkemungkinan mengalami kemalangan.
Kemurungan memberi kesan terhadap keyakinan dan merendahkan jati diri seseorang. Ia
mengurangkan keupayaan seseorang untuk melaksanakan tanggungjawabnya.
RAWATAN
Kemurungan boleh dirawat secara berkesan. Terdapat banyak cara rawatan dan gabungan
rawatan adalah lebih berkesan. Penilaian menyeluruh oleh doktor adalah perlu sebelum
sesuatu diagnosa dibuat dan rawatan dimulakan.
1. Pharmacotherapy:
-Terdapat banyak ubat-ubatan anti kemurungan pada masa sekarang. Ubatubatan ini membantu merubah perasaan dan membuatkan seseorang itu lebih
bersedia menerima lain-lain rawatan.
2. Terapi Psychologikal:
o Ianya meliputi psikoterapi dan kaunseling untuk membuatkan seseorang itu
memahami dirinya dan menemui kemahiran dalam menyelesaikan masalah
bagi mengatasi tekanan yang dihadapinya.
3. Terapi Kognitif
-Terapi ini membantu mengubah cara pemikiran dan menerima peristiwa yang
berlaku di sekelilingnya dan membantu mencapai pemahaman yang lebih baik
terhadap maksud kejadian itu kepadanya dan meminimakan kesan disebalik
kejadian itu.
4. Terapi Berkumpulan
- Ianya melibatkan perjumpaan satu kumpulan orang yang mempunyai masalah
yang sama seperti pesakit yang mengalami kemurungan, duduk bersama
berbincang pengalaman, kesukaran dan cara mereka mengatasi masalah
tersebut.
5. Terapi "Electro-convulsive"
- Cara ini boleh dilakukan kepada mereka yang tidak menunjukkan sebarang
perubahan selepas dos yang sesuai dan tempoh rawatan ubat anti kemurungan.
Ia juga boleh digunakan bila perubahan segera diperlukan contohnya dalam
situasi mengancam nyawa atau dalam masa selepasbersalin dimana bayi
memerlukan penyusuan dan penjagaan ibu dan bagi pesakit yang tahap
pemikiran membunuh diri yang tinggi.
LANGKAH PENCEGAHAN
Teknik mengurangkan stress.
Pemulihan
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan
pemulihan yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali
berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala.
Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh Negara mempunyai unit
pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari
penyakit anda.
Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan
psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan
keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan mayarakat.
ok terimakasih info dari adik ku yg bername google ~
tehee ~
so skg ni boleh paham tak pasal pnyakit ni ?
kenape aku tbe2 cite psl ni ?
erkk .. aku terase cm terkena , tapi tak dikenalipasti siot ~
siyes lah kan ..
lagipun bile aku cube memahami bnda ni ,
tnda2 srta gejala tu mmg byk yg kena ..
bahaha lawak ~
ok tak lawak mane , saje wat lawak bodo
utk menampakkan kelawakan bodo .
ape aku merepek !
ok hope cpt smbuh ~ daaa daaa